PEMBENTUKAN MINDA KESELAMATAN KEPADA PEGAWAI UUM

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Program Transformasi Minda (PTM) untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai dan kakitangan di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam.

Seramai 105 pegawai dan kakitangan lantikan baharu UUM telah menyertai program tersebut. Bersesuaian dengan tujuan program diadakan, MKN Kedah telah dijemput untuk memberi perkongsian mengenai keselamatan dalam konteks negeri Kedah, khususnya, dan meneruskan usaha membentuk minda keselamatan dalam organisasi serta masyarakat.

Perkongsian tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria. Perkara-perkara yang dikongsikan kepada para peserta adalah mengenai Sembilan (9) teras Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 dan juga isu-isu keselamatan semasa yang berlaku di dalam negara mahupun di negeri Kedah.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …