CUBAAN SELUDUP DIESEL BERJAYA DIPATAHKAN KPDN KELANTAN

 

BACHOK 16 Ogos : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Ops Tiris dalam Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Kelantan dan sempadan negara.
Tindakan pada jam 6.00 petang semalam pasukan telah mengesan sebuah kenderaan Van Vanette Nissan berpendaftaran tempatan disyaki membawa bersama minyak diesel didalam tong-tong jerikin.
Terdahulu saspek dalam keadaan mencurigakan sekitar Jalan Jelawat – Beris Lalang, Bachok membawa muatan minyak diesel dipercayai akan diselewengkan.
Seterusnya pasukan mengekori saspek tersebut dalam keadaan cemas memecut kenderaannya sejauh 5 km, walaubagaimanapun saspek dapat melarikan diri ke semak berhampiran.
Pemeriksaan lanjut keatas kenderaan yang ditinggalkan di tepi jalan Kg Mujur, Jelawat Bachok, Kelantan menemui anggaran barang kawalan 750 liter dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 1600.00 dan kenderaan anggaran sebanyak RM 8,000.00.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …