23 PESERTA BERKAYAK SEJAUH 42 KM, PRA-KEMPEN TMM2024

KOTA LAKSAMANA – Seramai 23 peserta  berkayak sejauh 42 kilometer dari Jabatan Laut Malaysia (JLM) di Marina Awam Melaka ke Telok Kemang, Port Dickson sempena pra kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Pada program Adventure Marathon Kayak Trip itu, semua peserta menaiki enam kayak dan membawa bendera Melaka sebagai simbolik TMM2024.

Program tersebut merupakan anjuran Persatuan Pelancongan Melaka (MTA) dengan kerjasama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata program itu julung kali diadakan dan ia merupakan usaha yang wajar diberi perhatian.

Jelasnya, usaha itu meskipun berisiko namun ia sebagai langkah positif dalam sub sektor pelancongan negeri.

“MBMB, Jabatan Laut dan beberapa agensi berkaitan telah membantu serta memberikan kebenaran untuk peserta berkayak sejauh 42 km.

“Dianggarkan tempoh untuk sampai ke Telok Kemang memakan masa 13 jam jika tiada badai dan masa itu mungkin akan berpanjangan,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Adventure Marathon Kayak Trip sekali gus melepaskan peserta untuk memulakan ekpedisi kayak mereka. 

Mengulas lanjut, Rais berkata, menerusi MBMB, pihaknya akan sentiasa membantu BPP dan agensi pelancongan negeri lain dalam usaha untuk merancakkan sektor pelancongan negeri.

“Kita harap pada tahun hadapan, program seumpama ini dapat diadakan dengan skala lebih besar dan melibatkan pengunjung dalam dan luar negeri. 

“MBMB dan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) lain akan turut serta beri kerjasama jika melibatkan kawasan pentadbiran mereka bagi membantu sektor pelancongan negeri,” katanya.

Sumber : Melaka Hari ini

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …