LAWATAN STRATEGIK INFASTRUKTUR UTAMA NEGARA DI MENARA EXCHANGE 106

Baru-baru ini, MKN WPKL telah mengadakan Program Lawatan Strategik Infrastruktur Utama Negara di Menara Exchange 106 yang terletak di Lingkaran TRX, Kuala Lumpur. 

Sesi lawatan ini telah dihadiri oleh Puan Azizah binti Mohamed Said, Pengarah Bahagian Sempadan Darat (BPSD), MKN Ibu Pejabat bersama Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama para pegawai dari MKN WPKL dan BPSD. 

Pihak kami telah disambut oleh Encik Patrick Honan, Pengurus Besar Exchange 106 dan telah menyampaikan taklimat mengenai pengoperasian bangunan mercu tanda kewangan negara tersebut dan dibawa melihat pemandangan di sekitar Kuala Lumpur dari tingkat 106 bangunan tersebut.

Pembinaan bangunan Menara Exchange 106 ini bukan sahaja untuk memacukan pembangunan ekonomi dan kewangan negara di peringkat global, namun begitu, Menara Exchange 106 telah mendapat pengiktirafan antarabangsa setaraf dengan bangunan di pusat kewangan antarabangsa utama seperti di London, New York dan Shanghai. Pengiktifaran antarabangsa tersebut adalah seiring Dasar Keselamatan Negara (DKN 2021-2025).

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama  #MenaraExchange106  #TRX

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …