KELANTAN MULAKAN PKPB

KOTA BHARU – Kelantan memasuki  fasa baharu apabila Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Kelantan yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar pada 5 Mei 2020 bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 6 Mei 2020.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Polis Negeri dan Pengarah Kesihatan Negeri. PKPB akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan dengan beberapa perubahan dilakukan mengikut kesesuaian di negeri ini.

Bagi menjayakan PKPB, semua pihak khususnya rakyat perlu memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi SOP yang ditetapkan di samping mendidik diri dan ahli keluarga supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan semula wabak Covid-19.

Rakyat Kelantan boleh mendapatkan SOP berkaitan di pautan berikut:

SOP Kerajaan Negeri –  https://www.kelantan.gov.my/index.php/mediasuk/muat-turun/umum/prosedur/1157-keputusan-jkkn-khas-negeri-kelantan-bil-10/file

SOP Kerajaan Persekutuan – https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pembukaan-semula-ekonomi/

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …