7,900 UNCANG KOPI PRACAMPURAN PELBAGAI JENAMA DISITA

 

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita 7,900 uncang kopi pracampuran pelbagai jenama di dua rumah yang dijadikan tempat penyimpanan di Pasir Puteh dan Bachok.
Dalam Operasi Bersepadu bersama wakil pemilik Cap Dagang selama dua hari sehingga semalam itu, serbuan turut dilakukan di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, di sini yang memproses kopi pracampuran terbabit.
Lima tindakan kes dihasilkan atas kesalahan mengikut Seksyen 102(1)(c) dan 100(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019.
Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat minuman kopi pracampuran pelbagai jenama terkenal disyaki terdapat pelanggaran menggunakan cap dagangan berdaftar ditemui di dalam operasi terbabit. Turut disita sebuah kenderaan Toyota Hiace berpendaftaran tempatan, mesin pembungkusan produk minuman kopi pracampuran dan set komputer untuk tindakan lanjut.

Artikel/Berita Terkini

TEMPAT KERJA PERLU JADI BENTENG AWAL BANTERAS DADAH – RINA

RASMI: Rina (Tengah) Ketika Hadir Merasmikan Seminar Pemerkasaan Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Negeri Sabah. KOTA KINABALU: Tempat kerja perlu …

PETROL, LPG DAN MINYAK MASAK RM104,138 DIRAMPAS DI TAWAU

RAMPAS: Suspek Bersama Barangan Kawalan Bersubsidi Yang Dirampas Diserahkan Kepada KPDN Untuk Tindakan Dan Siasatan Lanjut. TAWAU: Sebanyak 220 liter …

TINDAKAN PEMBANTERASAN PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN REMAJA DAN PELAJAR SEKOLAH DI TERENGGANU

Isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah di Terengganu masih menjadi kebimbangan utama pihak berkuasa. Lokasi negeri yang …