SEORANG LELAKI DITAHAN DALAM CUBAAN SELEWENG MINYAK DIESEL

 

TUMPAT 6 Ogos : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Tumpat Kelantan telah menjalankan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Kota Bharu – Tumpat dan sempadan negara.

Tindakan jam 5.00 petang semalam pasukan telah mengesan sebuah kenderaan proton wira aeroback berpendaftaran tempatan disyaki membawa minyak diesel dipercayai akan diseludup.
Terdahulu saspek dalam keadaan mencurigakan berlegar-legar dijalan raya sekitar Kota Bharu, Kelantan membuat pembelian pengisian minyak diesel secara berulang di beberapa stesen minyak.

Seterusnya pasukan mengekorinya dan saspek menyedari diekori dalam keadaan cemas memecut kenderaan menghala ke Tumpat melalui jambatan Sultan Yahya Petra – Pasir Pekan, Kelantan.
Walaubagaimanapun saspek berumur 24 tahun merupakan warga tempatan memberhentikan kenderaannya setelah penat diekori sejauh 50 km bermula dari Bachok, Kelantan.

Pemeriksaan lanjut keatas kenderaan tersebut yang di Jalan Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan menemui anggaran barang kawalan 800 liter minyak diesel yang diisi didalam tong-tong jerikin dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 1720.00, manakala kenderaan anggaran sebanyak RM 10,000.00.

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut