KKM LAKSANA PEMINDAHAN TISU PERTAMA DI HOSPITAL JEMPOL

Hospital Jempol di sini telah melakar sejarah tersendiri apabila berjaya melaksanakan proses pendermaan tisu pertama yang membabitkan sepasang kornea mata pada 17 Julai lepas.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, penderma tisu berkenaan ialah mendiang N Mathialagan, 61, yang telah diberikan kebenaran oleh waris dan ahli keluarganya untuk mendermakan kornea mata. Kedua-dua kornea mata yang diperoleh telah dihantar ke Bank Tisu Kornea di Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk dipindahkan kepada pesakit lain.

Kementerian Kesihatan Malaysia merakamkan ucapan takziah serta setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga penderma atas kesediaan memberikan kebenaran untuk menjalankan pendermaan tisu berkenaan, yang kemudian akan memberi sinar harapan kepada penerima yang memerlukan. Menurutnya lagi,  ini merupakan pendermaan organ atau tisu kadaverik yang kelima untuk hospital di bawah Kluster Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah sejak 2008.

Dr Muhammad Radzi juga berharap pengorbanan murni seumpama itu dapat dicontohi dan diikuti lebih ramai rakyat Malaysia dalam usaha membantu serta menyelamatkan nyawa terutama pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir.Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pendermaan organ, orang ramai boleh melayari laman sesawang Pusat Sumber Transplan Nasional di www.dermaorgan.gov.my.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut