BERBAHASA MANDARIN DI MASJID SRI SENDAYAN TARIK PELANCONG CHINA

Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) berhasrat menjadikan Masjid Sri Sendayan di sini sebagai salah sebuah masjid di negara yang mempunyai pemandu pelancong yang berkebolehan bertutur dalam bahasa Mandarin.

Menurut Ketua Exco Dakwah Macma, Robert Ta Honn Yu, ia selepas Masjid Sri Sendayan kini mula dikenali dan sering dikunjungi pelancong luar negara termasuk dari negara China.

Jelas beliau, jika perkara itu berjaya direalisasikan, Masjid Sri Sendayan akan menjadi masjid ketiga di negara ini yang mempunyai pemandu pelancong berbahasa Mandarin selepas Masjid Putra di Putrajaya dan Masjid Sultan Ahmad Shah, Pahang.

Masjid Sri Sendayan menerima sambutan menggalakkan dari pelancong negara China, keindahan seni bina masjid ini menjadi tarikan dan dikenali ramai. Bagaimanapun, di sini tiada pemandu pelancong untuk memberi penerangan ataupun membawa mereka melawat sekitar masjid dengan menggunakan bahasa Mandarin.

Oleh itu, pihaknya mahu mencari lebih ramai sukarelawan yang boleh menjadi pemandu pelancong di masjid terpilih ini. Kami alu-alukan mereka yang fasih mandarin dan berminat menjadi pemandu pelancong dan boleh terus menghubungi saya.

Sementara itu, menurut Pengerusi Macma Negeri Sembilan, Muhammad Shafiq Lee Abdullah, program yang dianjurkan berkenaan bertujuan memberi peluang kepada orang ramai yang berminat menjadi pemandu pelancong selain memberi pemahaman kepada pelancong dengan mengenali lebih dekat kesenian yang ada masjid di negara ini.

Masjid memang berpotensi menjadi tarikan pelancong termasuk dari China. Sekiranya terdapat lebih ramai pemandu pelancong tentunya boleh membantu memperkenalkan masjid ini kepada orang luar.

 

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

KETUA POLIS MELAKA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI AWAL PRN MELAKA KE-16

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, hari ini hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …