MARITIM MALAYSIA TAHAN DUA KAPAL PINDAH MINYAK DIESEL TANPA KEBENARAN

PORT DICKSON: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menahan dua kapal yang sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran di perairan Pulau Perjudi di sini petang semalam.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak, ketika bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Murni/Op Tiris, telah melihat dua kapal merapat antara satu sama lain. Kedua-dua kapal berkenaan disyaki melakukan aktiviti ship to ship (STS) yang mencurigakan di kedudukan satu batu nautika tenggara Pulau Perjudi sekitar pukul 3 petang.

Pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut sedang memindahkan kargo minyak disyaki minyak diesel kepada sebuah kapal kargo tanpa mempunyai sebarang dokumen kebenaran menjalankan aktiviti terbabit.

Kapal kargo sepanjang 31-meter yang berdaftar di Port Dickson itu dikendalikan oleh empat kru lelaki termasuk nakhoda kesemuanya warga tempatan. Kapal tangki pula didaftarkan di Zanzibar, Tanzania dan dikendalikan oleh lima kru lelaki termasuk nakhoda yang kesemuanya warga Indonesia.

Menurut beliau, kedua-dua kapal seterusnya ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 491B (1)(K) Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952 kerana menjalankan aktiviti STS tanpa kebenaran.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau keduanya bagi Seksyen 491B(1)(K) OPS 1952.

 

Sumber: Utusan Malaysia

 

 

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …