MALAYSIA-BRUNEI: PERBINCANGAN ISU-ISU HUBUNGAN DUA HALA DAN MENEROKA KERJASAMA EKONOMI BAHARU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9 :

PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Hubungan Diplomatik Antarabangsa)

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Luar Negeri menerima kunjungan rakan sejawat dari Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof sempena lawatan kerja beliau ke Malaysia dari 17 hingga 18 Julai 2023. Lawatan beliau dan delegasi adalah bagi menghadiri Mesyuarat ke-24 Pelaksanaan Exchange of Letters (EOL).
Mesyuarat EOL ini adalah mekanisme dua hala yang penting antara Malaysia dan Brunei Darussalam bagi membincangkan isu-isu hubungan dua hala dan meneroka kerjasama ekonomi baharu yang menjadi kepentingan bersama. Mesyuarat EOL ke-24 ini juga membincangkan persiapan bagi Rundingan Pemimpin Tahunan ke-24 yang akan diadakan di Putrajaya pada 3 Ogos 2023.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …