JUALAN RAHMAH BERGERAK DIADAKAN LEBIH KERAP, DUA KALI SEBULAN

Pantai Kundur – Berkonsepkan ‘Kedai Cari Rakyat’, Jualan Rahmah Bergerak dijangka diadakan dua kali sebulan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, (KPDN), Fuziah Salleh berkata, sejak dilancarkan di Pulau Pinang bermula 17 hingga 30 Jun,  sebanyak 78 Jualan Rahmah Bergerak telah diadakan di seluruh negara termasuk lima di Melaka.

Katanya, pihaknya menerima hasil dan maklum balas positif daripada semua lapisan golongan masyarakat dan inisiatif itu diteruskan bagi memudahkan rakyat untuk mendapatkan barangan dengan harga lebih murah.

“Sambutan amat mengalakkan di setiap lokasi Jualan Rahmah Bergerak diadakan sebagai contoh di Kedah, semalam di Kelantan dan Sarawak respon yang diterima amat baik.

“Barangan yang dijual diberikan subsidi sehingga potongan sebanyak 30 peratus dan ada ketikanya harga runtuh kita berikan.

“Pada Mac lepas, Parlimen meluluskan RM100 juta bagi pelaksanaan Jualan Rahmah di seluruh negara dan pada awalnya kita (KPDN) banyak melaksanakannya di dalam premis dan luar premis, namun akan datang kita sasarkan untuk laksanakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan di setiap DUN di setiap negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Jualan Rahmah Bergerak peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor di Dataran Pentas Budaya Pantai Puteri, Tanjong Kling di sini hari ini.

Hadir sama Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin dan Timbalannya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi serta Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar.

Mengulas lanjut beliau berkata, penganjuran program itu dilihat memberi kesan positif dalam usaha meringankan kos sara hidup masyarakat Malaysia Madani.

“Kebanyakan barangan yang dijual pula merupakan barangan asas harian seperti telur, minyak masak, tepung, gula, bawang, ikan bilis dan beras dengan harga yang ditawarkan lebih 30 peratus murah dari harga pasaran,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …