PELANCARAN PROGRAM JUALAN RAHMAH BERGERAK DAN KEMPEN BELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA

 

KOTA BHARU, 15 JULAI 2023 – Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah melancarkan Program Jualan RAHMAH Bergerak di Negeri Kelantan yang diadakan di bersebelahan Padang SMK Sering, Pengkalan Chepa dan Padang Perumahan Taman Desa Rahmat, Kota Bharu, Kelantan.

Sejak ia mula giat dilaksanakan mulai bulan Mei sehingga hari ini, sejumlah sembilan(9) lokasi telah terlibat dengan Jualan RAHMAH didalam premis-premis peruncitan, 21 lokasi telah dilaksanakan secara luar premis manakala Jualan RAHMAH Bergerak telah dilaksanakan di 41 lokasi berbeza di negeri Kelantan.

Penganjuran Jualan RAHMAH dilihat memberi kesan positif dalam meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia MADANI. Ini dapat dilihat melalui jumlah keseluruhan pengunjung iaitu 72,000 orang dan rekod jualan yang untuk negeri Kelantan yang mencecah hampir RM2.73 juta.

Selain itu, program ini juga menawarkan barangan keperluan harian kepada masyarakat dengan harga yang ditawarkan adalah 20 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …