MELAKA SASAR KEMALANGAN TEMPAT KERJA MENURUN

Pengkalan Batu – Jumlah kemalangan di tempat kerja di Negeri Melaka tahun ini disasarkan lebih rendah berbanding 2022 kata, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem.

Hee Sem berkata, setakat Jun, jumlah keseluruhan kemalangan di tempat kerja dicatatkan adalah sebanyak 214 kes berbanding 380 tahun sebelumnya.

Katanya, sektor pembuatan merekodkan jumlah kes kemalangan tempat kerja paling tinggi diikuti pembuatan dan pembinaan.

“Daripada keseluruhan kes dilaporkan setakat Jun lalu, empat membabitkan hilang upaya kekal dan satu kematian, sementara itu baki 209 pula bukan hilang upaya kekal.

“Manakala sepanjang tahun lalu, dua kes kemalangan di tempat kerja membabitkan kematian, lapan lagi menyebabkan hilang upaya kekal,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas merasmikan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia Tahun 2023 Peringkat Negeri Melaka di sebuah kilang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Melaka, Supian Alias dan Pengarah Urusan Infineon Technologies (M) Sdn. Bhd. Eng Seng Meng.

Mengulas lanjut, Hee Sem berkata statistik laporan tahun ini disasarkan akan terus menunjukkan penurunan berdasarkan kepada kesedaran tinggi dalam kalangan pekerja terhadap aspek menjaga prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja.

“Kita harapkan dengan penganjuran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan disambut setiap tahun, meningkatkan lagi kesedaran kepada pekerja dan mengamalkan suasana bekerja dalam keadaan yang selamat serta kondusif,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …