MCMC GESA ORANG RAMAI UNTUK TIDAK MUAT TURUN APLIKASI HASAD “PINK WHATSAPP”

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Siber)

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi hasad “Pink WhatsApp.” Aplikasi hasad berkenaan boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna seperti gambar, SMS dan senarai kenalan, yang boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius.
MCMC menasihatkan pengguna untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi ”Pink WhatsApp” tersebut, dan segera membuang aplikasi berkenaan sekiranya ia telah dipasang dalam telefon pintar mereka.
Para pengguna disarankan untuk kekal berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan dengan ”Pink WhatsApp” kepada portal Aduan MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my/#/public/main atau talian hotline Aduan di 1800- 188-030.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …