TIGA KEMENTERIAN TURUT BERSAMA DALAM PENGANJURAN NS FEST 2023

Sebanyak tiga buah kementerian bersama dengan kerajaan Negeri Sembilan dalam penganjuran NS Fest 2023 yang diadakan bermula hari ini sehingga 25 Jun ini di Dataran Nilai di sini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, ia merupakan julung kali tiga buah kementerian berkenaan iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), serta Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah (KKDW) berganding bahu dalam penganjuran acara tersebut.

Festival ini merupakan gabungan tiga program tahunan utama negeri iaitu Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan, Bulan Usahawan Negeri Sembilan yang lebih dikenali sebagai Arena Usahawan dan Negeri Sembilan Food Fest.

Pada tahun ini, kerajaan negeri dengan kerjasama hebat daripada Kuskop, KKDW dan KPDN membawakan bersama Program Jelajah Usahawan dan Koperasi Madani (PJUKM) 2023 Peringkat Negeri Sembilan di samping Mini Karnival Usahawan Desa (Mini KUD) Peringkat Negeri Sembilan serta Program Jualan Rahmah.

Penganjuran sebelum ini berjaya menarik kira-kira 300,000 pengunjung, pada tahun ini pihaknya menyasarkan 500,000 pengunjung akan hadir ke NS Fest 2023.

Dalam tempoh penganjuran NS Fest pelbagai acara telah disusun seperti pameran agensi-agensi kerajaan, reruai jualan usahawan tempatan Negeri Sembilan, produk hasil keluaran sektor pertanian dan mekanisasi di Negeri Sembilan serta kiosk jualan makanan cita rasa Negeri Sembilan.

Penganjuran festival ini juga amat bertepatan dalam membantu dan memainkan peranan penting untuk membuka peluang dan ruang yang luas kepada usahawan, warga peladang, penternak dan nelayan bagi pengembangan serta peningkatan hasil usaha masing-masing pada setiap kali ia diadakan.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …