‘ARAHAN SAYA JELAS’ – PERDANA MENTERI

 

KOTA BHARU, 18 Jun 2023 – “Arahan saya jelas!” tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di hadapan lebih 1,000 penjawat awam di Dewan Besar balai Islam Lundang di sini pada Ahad.

Beliau memberitahu, setiap arahan yang diberikan bertujuan untuk kepentingan rakyat yang memerlukan.

Beliau turut menasihatkan penjawat awam supaya tidak melantik keluarga dan kroni serta mengambil komisen sesuka hati tanpa mengikut peraturan.

Justeru, beliau mahu pimpinan penjawat awam persekutuan dan negeri perlu mengurus negeri dengan amanah.

Pada pertemuan sama, beliau turut menjelaskan mengenai kenaikan subsidi elektrik kepada golongan T20 bertujuan membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Jelas beliau, pentadbiran Kerajaan Perpaduan harian ini bermula dengan isu tata kelola yang baik dan memikul tanggungjawab tanpa perlu kepada teori moden.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …