KERAJAAN MELAKA ANJUR HARI BERTEMU RAKYAT, 22 JUN INI

Ayer Keroh – Keluarga Melaka dijemput menghadiri Hari Bertemu Rakyat bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), 22 Jun ini.

Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Ketua Menteri, memaklumkan program anjuran Kerajaan Negeri Melaka itu akan dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan serta agensi.

“Orang ramai adalah dijemput untuk bertemu dan beramah mesra bersama Ketua Menteri Melaka, Exco, Timbalan EXCO dan Ketua Jabatan tanpa sebarang janji temu awalan.

“Keluarga Melaka ayuh ke MITC bagi berurusan atau menyelesaikan sebarang aduan, masalah tertunggak atau mengemukakan sebarang cadangan dan pandangan bersama mana-mana agensi Kerajaan secara ‘one stop centre’,” kata kenyataan itu.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …