KOTA BHARU 12 Jun : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Kota Bharu, Kelantan.
Kejadian pada dua hari lepas jam 4.50 pagi ke atas sebuah Proton Wira Aeroback berpendaftaran tempatan disyaki memiliki barang kawalan minyak petrol bagi tujuan penyelewengan.
Terdahulu maklumat risikan, pasukan telah mengesan kenderaan tersebut sebuah stesen minyak Kg. Budi Kedai Lalat Kota Bharu, Kelantan disyaki sedang membuat pembelian dan pengisian di stesen tersebut.
Pemeriksaan lanjut seorang lelaki ditahan berusia 20an dan menemui anggaran sebanyak 200 liter minyak petrol didalam tong-tong dijumpai bersama dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 483.75 dan kenderaan RM 10,000.00.
Tindakan kes ini dihasilkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan barang kawalan serta kenderaan disita bagi tujuan siasatan lanjut.
Walaubagaimanapun semasa serbuan pasukan, terdapat dua saspek tadi sedang membuat pengisian minyak, namun sebuah kenderaan saspek menghidu pergerakan pasukan, terkejut serta terus melarikan diri meninggalkan tanpa dikesan.
Pengguna boleh melaporkan sebarang aduan yang berkaitan dengan penyelewengan barang kawalan serta di bawah bidang kuasa KPDN melalui saluran yang disediakan oleh pihak kementerian.