PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN BERSAMA KOMUNITI DAN PELAJAR UNISZA

Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu telah menyampaikan ceramah dan mengadakan pameran Kesedaran Keselamatan dalam Program Sentuhan Kasih Jalinan Komuniti di Kampung Surau Haji Yaakob Marang anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) pada 09 Jun 2023.
Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendidikan kepada masyarakat mengenai soal keselamatan dan pertahanan diri kerana soal keselamatan bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak berkuasa atau kerajaan tetapi tanggungjawab diri sendiri. Selain itu, mewujudkan kerjasama antara penduduk dengan jentera kerajaan serta memberi pengetahuan kepada orang awam tentang tahap keselamatan kawasan perumahan yang dikawal secara sukarela atau berpengawal. Selain itu, turut ditekankan mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pengguna media sosial adalah menyebarkan maklumat yang sahih dan benar, tidak membuat provokasi yang boleh mencetuskan perpecahan kaum, tidak melakukan aktiviti penipuan siber dan banyak lagi selaras dengan DKN 2021-2025 yang menitikberatkan mengenai Keselamatan Siber dan Teknologi.
Semoga program kali ini memberi kesedaran kepada komuniti setempat tentang kepentingan serta tanggungjawab komuniti dalam menjaga keselamatan negara. Peranan dan tanggungjawab komuniti adalah sangat penting bagi memastikan keselamatan negara ini sentiasa terpelihara. Terima kasih kepada pihak yang terlibat termasuk Pihak Jawatankuasa Pembangunan Surau Haji Yaakob dan Keselamatan Kampung serta Pihak Rukun Tetangga Kampung Surau Haji Yaakob, Marang kerana mengambil berat mengenai isu dadah dikalangan komuniti dan berharap usaha ini akan dapat diteruskan dimasa akan datang agar kawasan setempat kekal selamat, aman dan sejahtera.
 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …