CUBAAN SELEWENG BARANG KAWALAN 1080 LITER PETROL BERJAYA DIGAGALKAN

 

TUMPAT 7 Jun : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Tok Bali pada hari ini telah menjalankan Ops Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan disini pada semalam.
Pemeriksaan pada jam 4.40 pagi semalam pasukan telah mengesan sebuah kenderaan Proton Gen 2 berpendaftaran tempatan yang disyaki mengandungi anggaran 1000 liter minyak petrol ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan.
Pasukan
Terdahulu pasukan pasukan telah mengekori kenderaan tersebut yang disyaki membawa muatan minyak petrol.
Hasil pemeriksaan lanjut jam 7.40 pagi pasukan telah menemui tangki tambahan diubahsuai anggaran sebanyak 80 liter didalam bahagian belakang kenderaan tersebut dan mengesyaki akan membawa barang kawalan tersebut ke negara jiran.
Dua tindakan kes dihasilkan dalam Operasi Bersepadu Mencegah Ketirisan Barang Kawalan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM 22,214.00 dan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …