PROGRAM LOKAKARYA MEMUGAR GEN-Z 2023

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan telah  melaksanakan Program Lokakarya Memugar Gen-Z pada 30-31 Mei 2023 bertempat di PDS Traning Camp, Port Dickson.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 50 orang belia berumur 18-23 tahun berbilang bangsa yang merupakan ahli persatuan berdaftar di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang terdiri daripada Pelajar Kolej Uniti Port Dickson dan Pelajar Kolej Kemahiran Puretechnic, Seremban.

Program ini dijalankan bagi memupuk minda keselamatan yang menjadi sebahagian daripada nilai murni yang mana sekiranya dapat diterap dan diamalkan sebaik mungkin akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme seterusnya mengekalkan kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan negara.

Penganjuran program ini dilihat dapat mewujudkan hubungan serta jaringan sosial dan keselamatan yang baik antara agensi kerajaan serta belia di Negeri Sembilan melalui penerapan pembentukan minda keselamatan di kalangan generasi muda, pendedahan secara terus kepada generasi muda berkenaan tanggungjawab agensi keselamatan dalam menjaga kedaulatan negara, memupuk semangat perpaduan dikalangan generasi muda berbilang bangsa dan kerjasama antara agensi keselamatan dengan generasi muda ini dan juga memupuk semangat dan kesedaran dalam diri belia untuk bersama berganding bahu sebagai rakyat Malaysia bagi menjaga kedaulatan negara dan bersama-sama menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat, aman, sejahtera dan berdaulat.

Pengisian program di jalankan secara dalam kelas dan juga aktiviti luar kelas. Aktiviti dalam kelas adalah sesi ceramah daripada MKN Negeri Sembilan, Cawangan Khas IPK Negeri Sembilan,  Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, dan Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sembilan. Manakala aktiviti luar merupakan program berkayak dan team building explore race yang menfokuskan kepada kepimpinan, keterampilan dan kerjasama peserta berbilang kaum.

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …