OPERASI PENGUATKUASAAN KESALAHAN TRAFIK DALAM OP REMPIT OLEH BPJKK DAN BSPT DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT

(Penguatkuasaan Undang-Undang)

 

Satu operasi rempit yang melibatkan pelajar sekolah dan remaja telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada 30 Mei 2023.

Dalam operasi tersebut lebih kurang 23 buah motosikal ditahan untuk pemeriksaan bagi pelbagai kesalahan tiada lesen memandu yang sah, tiada cukai jalan, kesalahan ubahsuai dan lain-lain kesalahan dan sebanyak 25 saman telah dikeluarkan.Selain itu, sebanyak 8 buah motosikal telah disita dan 4 orang remaja di tangkap dibawah Sek.42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menggangu pengguna jalan raya yg lain dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang dari lima ribu tidak lebih dari lima belas ribu.

 

Sumber:

PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

HAPUSKAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES

Hari ini kita mungkin nampak hanya sedikit air bertakung. Tetapi di situlah mungkin bermulanya sebuah tragedi.  Hapuskan tempat pembiakan Aedes …

NAK GUNA LOGO HALAL PALSU?

𝐍𝐀𝐊 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐋𝐎𝐆𝐎 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔??​Peniaga dan pemilik syarikat, pastikan logo Halal yang anda gunakan adalah sah dan mendapat perakuan terus …

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 bakal menghimpunkan seluruh warga tanah air pada 31 Ogos 2026, bermula pukul 7.00 pagi bertempat di …