𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗔𝗗𝗨 𝗞𝗛𝗔𝗭𝗔𝗡𝗔𝗛 (𝗢𝗕𝗞) 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟱/𝟮𝟬𝟮𝟯

 

𝐁𝐚𝐭𝐚𝐥𝐢𝐨𝐧 𝟖 𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐦, 𝟐𝟖 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟑 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 5/2023 di Dewan Sri Sebelas Batalion 8 Pasukan Gerakan Am, Pengkalan Chepa, Kelantan.
YDH SAC Sheik Azhar bin Sheik Omar, Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am telah menghadiri majlis tersebut bertempat di Dewan Sri Sebelas Batalion 8 Pasukan Gerakan Am.
Dalam majlis ini turut disampaikan Taklimat Penugasan Operasi Bersepadu Khazanah Siri 5/2023 oleh YBhg. Encik Mohd Zaki bin Mohd Rahim (Penyelaras Operasi Bersepadu Khazanah Zon Timur).
Penugasan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 5/2023 adalah melibatkan kekuatan seperti berikut : –
• Jabatan Perhilitan (43 orang)
• Jabatan Perhutanan (8 orang)
• Batalion 6 PGA (17 orang)
• Batalion 7 PGA (14 orang)
• Batalion 8 PGA (10 orang)
• Batalion 9 PGA (10 orang)
• Skuadron Perisai 9 (15 orang)

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …