LAWATAN KESELAMATAN DAN KEMPEN PENYALURAN MAKLUMAT ‘ SKUAD M.K.N’

Melalui program keselamatan bersama komuniti penduduk Pulau Perhentian yang dilaksanakan pada 28-29 Mei 2023 yang lalu, turut diadakan lawatan keselamatan di beberapa kawasan pelancongan dan resort di Pulau Perhentian dengan bantuan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Negeri Terengganu.

Sepanjang lawatan ini, pihak MKN Terengganu menemubual pengusaha-pengusaha penginapan ini bagi mendapatkan pandangan serta aduan mengenai isu atau ancaman keselamatan di pulau dan tempat rekreasi yang disediakan. Turut diserahkan satu bunting ‘Skuad M.K.N’ yang mana mengandungi kod QR yang membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat atau aduan mengenai ancaman atau aktiviti yang boleh menggugat keamanan Malaysia dan Negeri Terengganu.

Antara tempat yang dilawati adalah Alunan Resort, Mimpi Resort, Empire Perhentian, Perhentian Island Resort dan The Barat Resort. Dengan perlancaran kod QR Skuad M.K.N ini, diharapkan penduduk temapatan dan juga pelancong dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan keselamatan kerana Keselamatan Negara adalah Tanggungjawab Bersama.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …