JKNK ARAH LIMA PREMIS MAKANAN DITUTUP DI TANAH MERAH

 

TANAH MERAH — Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarahkan lima premis makanan di daerah ini ditutup 14 hari selepas gagal mencapai standard kebersihan yang ditetapkan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Arahan penutupan itu susulan Operasi Bersepadu Premis Bersih membabitkan premis makanan di sekitar Bandar Tanah Merah, Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, Bandar Baru Kota Harmoni dan Jalan Ismail Petra.
Menerusi operasi itu, 51 premis makanan diperiksa dan 93 kompaun dikeluarkan kepada pengusahanya atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Satu kompaun dikeluarkan bersabit pemeriksaan kesihatan, manakala kesalahan pakaian pengendali makanan (53), kebersihan pengendali makanan (22) dan tidak mematuhi kehendak berhubung penyimpanan makanan (1).

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …