PERSIDANGAN GEOSTRATEGIK SABAH (SGS) 2023

Kota Kinabalu, Sabah. Penganjuran Sidang Geostrategik Sabah 2023 diadakan pada  16 – 18 Mei 2023 yang diresmikan oleh Yang Bebahagia Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri l / Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah. Tujuan utama persidangan ini diadakan adalah untuk mewujudkan suatu platform libat urus yang menggabungkan pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengurusan keselamatan dan kedaulatan negara khusus bagi menyambut impak perpindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan.

Sidang Geostrategik Sabah (SGS) 2023 dianjurkan khusus untuk membincangkan secara terperinci isu isu strategik yang mempunyai kepentingan untuk Negeri Sabah dan Malaysia secara amnya susulan perpindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan.

SGS 2023 ini  dihadiri oleh 100 orang peserta dari 88 agensi terdiri daripada kalangan anggota pentadbiran, para penggubal dasar dan pelaksana di peringkat persekutuan dan negeri, pasukan keselamatan, ahli akademik, dan pihak industri. Persidangan ini akan membuka ruang kepada semua pihak terlibat untuk berbincang dan berkongsi kepakaran, pendapat serta pengalaman berhubung isu dan cabaran dalam isu pembangunan bandar sempadan susulan perpindahan ibu kota Indonesia.

Strategi, kaedah dan langkah akan dimuktamadkan melalui sesi-sesi perbincangan bertema dan seterusnya menghasilkan keputusan-keputusan yang dapat menyumbang kepada pelaksanaan dasar dan strategi pengurusan keselamatan negara yang holistik dan bersepadu.

Perjalanan sidang akan menyaksikan peserta dibahagikan kepada tiga kluster utama iaitu, Keselamatan, Ekonomi dan Sosial yang akan diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara, Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Satu resolusi akan dibentang dan diserahkan daripada peserta kepada Kerajaan Negeri Sabah pada akhir persidangan untuk dicerakinkan di peringkat Jawatankuasa Keselamatan yang lebih tinggi. Demi memastikan bahawa hasil resolusi pada hari ini berimpak tinggi, satu mekanisme pemantauan pelaksanaan akan diwujudkan sebagai tindakan susulan secara

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …