KPDN NEGERI SEMBILAN JAMIN BEKALAN GULA MENCUKUPI

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan memberi jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi bagi keperluan pengguna di negeri ini.

Menurut Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan, pengguna tidak perlu melakukan pembelian panik kerana pihaknya sentiasa melaksanakan pemantauan dari masa ke masa berhubung barang kawalan ini.

Menurutnya, secara purata penggunaan gula bulanan bagi setiap individu di negeri ini adalah 0.5 kilogram sebulan, manakala jumlah bulanan gula yang diperlukan dianggarkan 600 metrik tan bagi penggunaan 1.2 juta rakyat Negeri Sembilan.

Bekalan gula yang dibekalkan dua syarikat pengeluar utama mencapai 735 metrik tan sebulan bagi negeri ini. Untuk rekod harga runcit gula pasir di negara ini paling rendah iaitu RM2.85 sekilogram berbanding negara Asean lain antaranya Vietnam (RM6.20), Filipina (RM8.53) dan Kemboja RM5.37.

Sejak 1 Januari hingga Selasa pihaknya telah melaksanakan 31,054 pemeriksaan dan tiada aduan rasmi mengenai ketiadaan bekalan gula daripada pengguna setakat ini. Mereka juga mengadakan sesi libat urus dengan pemborong utama gula pada 17 Mei lalu bagi membincangkan dan mencari solusi untuk mengelakkan kejadian kekurangan bekalan gula dalam pasaran berlaku dan memastikan bekalan mencukupi.

Peniaga atau pemborong diingatkan supaya tidak menyorokkan gula dan menaikkan harga gula sesuka hati yang membolehkan tindakan tegas dikenakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …