AMLA (ANTI MONEY LAUDERING) @ PENGGUBAHAN WANG HARAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8:  KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Siber)

Terdapat Tiga (3) peringkat atau proses bagi penggubahan wang haram atau juga selalu disebut ‘mencuci’ wang haram. Peringkat-peringkat tersebut ialah penempatan (placement), lapisan (layering) dan integrasi (integration).

Pada peringkat pertama dikenali sebagai PENEMPATAN. Kaedah ini di mana wang dari aktiviti haram yang diperolehi akan disimpan dalam bank atau mana-mana sistem kewangan yang sah.

Kemudian pada peringkat LAPISAN pula, akan berlaku proses mewujudkan pelbagai lapisan transaksi dengan menjauhkan lagi dari dana haram. Ianya bertujuan bagi mengaburi pihak berkuasa dan mengelakkan daripada ia mudah dikesan.

Peringkat akhir pula dikenali sebagai INTEGRASI di mana ia melengkapkan proses penggubahan wang haram. Dana haram ini akan dibawa masuk ke dalam sistem ekonomi seolah-olah ia dari sumber yang sah. Malahan ia akan dilaburkan atau dibelanjakan kepada tujuan-tujuan yang sah.

Pihak yang terlibat melakukan penggubahan wang haram boleh didakwa di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Dari Aktiviti Haram 2001. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM 5,000,000 yang mana lebih tinggi.

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …