FAHAMI THALASSAEMIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA  8 : KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik Dan Keselamatan Kesihatan)

Thalassaemia adalah sejenis penyakit yang diwarisi. Ianya merupakan penyakit darah yang menyebabkan sel darah merah  tidak dapat dihasilkan dengan normal.

Pembawa Penyakit Thalassaemia ini mewarisinya daripada ibu atau bapa atau kedua-duanya yang membawa baka (gen Thalassaemia). Pesakit Thalassaemia pula akan mewarisinya daripada Ibu dan Bapa yang disahkan sebagai pembawa atau salah seorang sama ada ibu atau bapa yang disahkan sebagai penghidapnya dan seorang lagi adalah pembawa bakanya.

 Pembawa Thalassaemia lazimnya tidak akan menunjukkan sebarang tanda atau gejala anaemia. Manakala pesakit pula akan mula menunjukkan tanda atau gejala kekurangan darah (anaemia) seawal umur enam (6) bulan.

Pengesanan kepada pembawa penyakit ini hanya boleh dikesan dan disahkan dengan melakukan ujian darah. Berbeza dengan pesakit Thalassaemia, ia akan menunjukkan simptom  pucat, kulit menjadi kuning akibat jaundis dan keletihan yang melampau. Ia akan disahkan dengan ujian darah yang dijalankan.

Tiada rawatan ke atas individu yang menjadi pembawa Thalassaemia keran mereka adalah sihat. Namun berbeza dengan pesakit Thalassaemia kerana mereka memerlukan pemindahan darah dan rawatan pengelat zat besi seumur hidup.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut