DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (KESELAMATAN KESIHATAN)
Aktiviti mendaki sangat sinonim dilakukan dikawasan berbukit-bukau, bergunung-ganang, berlembah atau bergenting tinggi yang berbatu, berpasir, atau bertanah alun. Mendaki adalah merupakan sejenis aktiviti lasak yang memerlukan peneraju laluan bagi aktiviti ini untuk berjalan, di atas binaan alam semulajadi, atau lebih tepat lagi mengikut aliran trail atau jalur pendakian.
Kajian daripada Cambridge University Press yang dikongsikan oleh Profesor Kenneth R. Fox pada tahun 1999 mendapati bahawa aktiviti fizikal bukan sahaja menambahkan kecergasan tubuh badan, malah aktiviti fizikal seperti mendaki gunung mampu memberi mood atau emosi yang positif. Selain itu, mendaki juga mengurangkan tekanan atau depresi seseorang. Menurut kajian di dalam LA Times, sembilan puluh minit melakukan aktiviti mendaki bukit ataupun gunung dan meluangkan masa bersama alam semulajadi dapat mengurangkan rasa depresi pada otak. Soroton kajian lepas oleh Thompson Coon pada 2011 di dalam Environmental Science Technology melaporkan bahawa melakukan aktiviti luar dan fizikal dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan mental seperti mengurangkan tekanan, kemarahan dan kekeliruan.
Aktiviti pendakian turut membantu dalam pembakaran kalori. Walaupun terdapat senaman lain yang juga membantu pembakaran kalori, namun aktiviti pendakian ini membakar kalori lebih banyak berbanding senaman pertengahan yang lain. Untuk pendakian yang mempunyai tempoh masa panjang, lemak yang tersimpan dalam badan manusia akan digunakan sepanjang tempoh pendakian terutama. Walau bagaimanapun, pembakaran ini adalah berdasarkan tempoh masa dan jenis pendakian yang yang dijalankan. Selain dari sama kesannya seperti senaman kardio, aktiviti pendakian ini dapat merendahkan tekanan darah sekaligus mengurangkan risiko obesity dan juga diabetes. Mendaki pada ketinggian yang lebih tinggi pula bagus untuk jantung anda.
Selain kebaikan fizikal yang dinyatakan, salah satu kebaikan utama mendaki adalah para pendaki dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang penuh dengan flora dan fauna dan ditemani udara yang segar. Sepanjang pendakian, para pendaki akan berpeluang untuk melihat pelbagai spesies flora yang unik seperti periuk kera dan juga spesies orkid. Sekiranya bertuah, para pendaki juga akan terserempak dengan spesies fauna yang jarang ditemui selain di kawasan hutan. Keindahan dan keunikan ini dapat ditemui sepanjang perjalanan mendaki dan ianya berbeza mengikut trek, laluan dan hutan yang didaki.
Akhir sekali, mendaki juga boleh mengeratkan silaturrahim sesama para pendaki dan juga meningkatkan rangkaian sosial kepada individu yang mempunyai hobi yang sama, dan sekaligus menyediakan medium untuk berinteraksi dengan dunia luar.
Rujukan:
-
https://k12.upm.edu.my/artikel/aktiviti_hiking_mendaki_dapat_mantapkan_fizikal_dan_mental-56249
-
https://www.myilmupelita.com/2020/08/kebaikan-aktiviti-hiking.html
-
https://utusankini.com/10-kebaikan-hobi-memanjat-bukit-menjadi-kegilaan-ramai/
-
https://www.kosmo.com.my/2022/09/07/mendaki-beri-kesan-positif-mental-fizikal-dan-rohani/
-
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2136409#:~:text=Dikategorikan%20sebagai%20aktiviti%20sukan%20dan,dan%20meningkatkan%20tahap%20kardio%20individu.