TERENGGANU BOLOT ANUGERAH EMAS DAN 3 ANUGERAH KHAS DI 48TH INTERNATIONAL EXHIBITION OF INVENTION GENEVA

Pertandingan rekacipta dan inovasi pada ’48th International Exhibition of Invention Geneva’ yang telah berlangsung selama lima hari yang berakhir pada 30 April 2023 di Geneva, Switzerland telah mencipta satu sejarah bagi Negeri Terengganu menerusi penyertaan kali pertama Majlis Daerah Marang (MDM) yang telah mencipta prestij tersendiri apabila penyertaan MDM pada pertandingan ini telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas dan tiga Anugerah Khas daripada King Abdul Aziz University, Saudi Arabia, National Council of Thailand dan Taiwan Invention Association.

Sepanjang pertandingan ini, sebanyak 1,002 penyertaan daripada 46 negara termasuk China, Korea, France, Germany, Saudi Arabia dan Hong Kong menyertai pertandingan yang telah berlangsung selama lima hari ini. MDM menerusi kumpulan VCLEAN, yang dianggotai oleh Encik Arman Alias @Husin (Ketua Kumpulan), Puan Sarifah Azura A Bakar (Setiausaha Kumpulan), Encik Mohd Saffian Draman, Encik Mohd Zahari Ibrahim, Encik Mohd Ruqaim Asyrafi Sulaiman, Puan Aini Samihah Azmi dan Encik Ashraf Che Aziz yang mempertaruhkan inovasi ‘Adjustable Loader’ merupakan satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertaraf daerah yang berjaya mewakili negara dan juga Kerajaan Negeri Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi MDM khasnya, Yang Dipertuanya, Tuan Haji Zuwislan Awang yang mengetuai delegasi ke Geneva serta pihak Setiausaha Kerajaan Terengganu yang memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi.  Pengiktirafan Antarabangsa ini adalah merupakan pemangkin semangat kepada Negeri Terengganu untuk lebih aktif dalam bidang rekacipta dan inovasi serta membuka mata dunia untuk melihat keupayaan anak jati Terengganu bersaing dipersada dunia.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …