LANGGAR LAMPU MERAH, POTONG BARISAN KESALAHAN PALING TINGGI

SEREMBAN – Gagal mematuhi lampu isyarat merah dan memotong barisan merupakan kesalahan paling tinggi dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) yang bermula 18 hingga 27 April lepas.

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusof berkata, kesalahan itu dikesan Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) yang dilengkapi Enforcement Action Camera (EAC), selain penggunaan dron.

“Sebanyak 529 kes kesalahan melanggar lampu isyarat merah dan 132 kes kesalahan memotong barisan telah dikesan yang mana ia lebih tinggi berbanding tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di JPJ Negeri Sembilan pada Jumaat.

Menurutnya, secara keseluruhan, 12,243 kenderaan diperiksa dan 1,902 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.Tambahnya, kesalahan paling tinggi iaitu pelesenan pemandu (1,119 kes) dan pelesenan kenderaan (1,146 kes).

“Kita juga mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas penunggang motosikal dengan memeriksa 8,025 motosikal dan 1,528 saman dikeluarkan.

“Pegawai JPJ turut ditugaskan untuk menyamar sebagai penumpang yang melibatkan 32 bas yang dinaiki bagi meningkatkan Perception of Bening Caught (POBC) kepada pemandu dan sebanyak 92 saman telah dikeluarkan,” katanya.

Selain itu katanya, antara kesalahan paling tinggi dilakukan iaitu memandu di lorong kanan berterusan (18 kes), memandu berterusan lebih 300 kilometer (13 kes) serta mengambil dan menurunkan penumpang di tempat tidak dibenarkan (10 kes).

Sumber: Sinar Harian

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …