SUDAH KEBAL BAU SAMPAH

PORT DICKSON – Meskipun pekerjaan yang dipilih pasangan suami isteri ini perlu berdepan dengan sampah sarap setiap hari, namun mereka tetap berbangga dengan khidmat dilakukan.

Malah Sharifah Ismail, 38, dan Saiful Amirul Awang, 37, yang merupakan pekerja syarikat pembersihan SWM Environment Sdn Bhd di Pantai Saujana dekat sini sudah merasakan pekerjaan itu serasi dengan mereka.Menurut Sharifah, dia tidak pernah terfikir untuk mencari pekerjaan lain malah sudah kebal dengan bau sampah yang dihidunya setiap hari.

Menurutnya sebelum bekerja dengan SWM Environment ini lagi dia sudah bekerja dalam bidang pembersihan iaitu di kem tentera dan hotel dan sudah seronok dengan pekerjaan ini, cumanya hanya berbeza lokasi sahaja dan dia sudah bekerja dengan SWM Environment ini selama tujuh tahun.

Malah kawasan pantai jagaannya itu sudah dianggap seperti rumahnya sendiri dan hatinya mudah terkesan jika melihat kawasan itu tidak bersih.Oleh sebab itu katanya, dia tidak kisah untuk bekerja pada waktu cuti umum hanya semata-mata bagi memastikan ‘rumahnya’ itu bersih sepanjang masa.

Sementara itu, Saiful Amirul pula mengakui pada awalnya ada ahli keluarga yang memandang rendah atas pekerjaan dilakukan.Dia yang mempunyai kelulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang automotif bagaimanapun tidak kisah persepsi negatif yang dilemparkan kerana baginya apa yang penting pekerjaan dilakukan adalah halal.

“Apa salahnya kerja kutip sampah? Ia pekerjaan yang murni dan kami tak pernah ada rasa malu pun.Dengan pekerjaan ini jugalah kami dapat besarkan dua anak yang kini sudah berusia 17 dan 19 tahun,” ujarnya.

Kedua-dua anaknya kata Saiful Amirul, sangat memahami akan pekerjaannya suami isteri kerana sejak kecil mereka sudah diberi pendedahan.Malah katanya, ada ketikanya mereka juga turut serta menemani membersihkan kawasan pantai.Seawal usia 11 tahun saya dah bawa anak-anak ikut kami ke pantai supaya mereka tahu susah senang pekerjaan kami.

Jadi mereka terbuka dan tak rasa malu untuk beritahu sesiapa sahaja tentang pekerjaan kami sehinggakan anak lelaki saya beritahu selepas habis sekolah dia nak kerja bahagian pembersihan. Dia tidak kisah bidang pekerjaan yang diminati anaknya tetapi sentiasa menasihatkan mereka untuk mengutamakan pendidikan.Pentingnya kita jangan hina pekerjaan orang yang mencari rezeki dengan cara yang halal.

sumber: Sinar Harian

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut