RANCANGAN MALAYSIA LIMA TAHUN

Dalam kita menelusuri sejarah kemajuan negara kita Malaysia yang dinamik, kita akan sedar bahawa Malaysia sedang berkembang dan berada di landasan yang tepat dalam menjadi negara maju dengan kewujudan dan kemajuan pelbagai sektor bermula daripada pasca merdeka sehingga kini. Kemajuan dan perkembangan pesat ekonomi ini tidak terjadi dengan sendiri tanpa ada perancangan dasar dan pelaksanaan yang tepat kepada sasaran. Sehubungan dengan itu, teradunlah sebuah dasar yang memacu dan menjadi tonggak dalam pembangunan ekonomi negara iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT). Bermula daripada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 sehingga tahun 2023, sebanyak 12 Rancangan Malaysia (RM) telah dibentangkan.  

Rancangan Malaysia merupakan rancangan jangka sederhana yang dibentuk untuk meletakkan segala pelaksanaan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara berada pada landasan yang tepat bagi menyokong perancangan jangka panjang Malaysia seperti Wawasan 2020 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Sehubungan dengan itu, dalam memastikan RMLT ini berada seperti apa yang telah dirancangkan, Kajian Separuh Penggal (KSP) bagi rancangan pembangunan lima tahun telah diwujudkan dalam menyemak semula dapatan pencapaian sepanjang dua tahun pertama pelaksanaan RMLT dan seterusnya pelarasan strategi akan dilakukan jika ianya diperlukan untuk mencapai sasaran baharu akibat daripada perubahan landskap sosioekonomi negara dan dunia.  

Tuntasnya, perancangan yang baik dan fleksibel untuk segala macam perubuhan yang berlaku tanpa mengubah matlamat jangka panjang adalah amat diperlukan dalam mendepani landskap dunia yang serba pantas. Dalam mengharungi usaha dan kerja perancangan tersebut, pemantauan dan penyelarasan adalah penting untuk memastikan segala usaha yang dilakukan membuahkan hasil dan berada pada landasan yang betul agar visi dan objektif perancangan tercapai dengan jayanya dan sampai kepada kumpulan sasar. 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …