AIDILFITRI: PDRM, JPJ AKAN TEGAS KUAT KUASA LARANGAN KENDERAAN BERAT GUNA JALAN

SEREMBAN: Agensi penguat kuasa, terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), akan mengambil tindakan tegas berhubung larangan untuk kenderaan berat menggunakan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri, tidak lama lagi.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,  kementeriannya sudah menetapkan larangan untuk kenderaan berat menggunakan jalan raya, khususnya lebuh raya selama empat hari pada Khamis dan Jumaat ini serta 24 dan 25 April.Ia bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan demi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Anggota penguat kuasa terbabit akan ditempatkan di lokasi tertentu yang strategik dan dikenal pasti berisiko tinggi berlaku kemalangan.Peronda JPJ akan dikerahkan ke seluruh negara bagi melakukan pemantauan dan penguatkuasaan. Setiap pelanggaran peraturan ini akan diambil tindakan tegas. Menurutnya lagi, larangan terhadap kenderaan berat itu perlu terus dilaksanakan pada setiap musim perayaan untuk mengurangkan kesesakan dan risiko kemalangan berikutan berlaku peningkatan bilangan kenderaan di jalan biasa dan lebuh raya. Namun, pengecualian diberikan kepada sektor kritikal.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …