PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) dan pihak Pengurusan Wisma Seri Amar (PWSA) telah menjayakan Program Bubur Lambuk Perdana pada 16 April 2023 di perkarangan tempat letak kenderaan Wisma Seri Amar. Tujuan program ini diadakan adalah bersempena bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara agensi dan jabatan yang terlibat.

Program ini bermula pada jam 9 pagi iaitu melibatkan anggota MKN Terengganu, MBNT dan PWSA yang bergotong-royong menyiapkan bahan-bahan bubur lambuk. Sebanyak lima kawah bubur lambuk telah disiapkan pada jam 1.30 petang dan agihan bubur lambuk telah diberikan kepada seluruh agensi dan jabatan di Wisma Seri Amar, kawasan sekitar Wisma Seri Amar dan juga di sekitar Pasar Payang.

 

       

Turut hadir semasa program ini ialah YB Sukairi bin wan Abdullah, ADUN Wakaf Mempelam sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Agihan bubur lambuk selesai pada jam 3.30 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan Program Bubur Lambuk Perdana.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …