AGIH 400 BUBUR LAMBUK, SEMARAK RAMADAN

PANTAI KUNDOR – Kira-kira 400 bekas bubur lambuk diagihkan menerusi Program Bubur Lambuk Jabatan Penjara Malaysia kepada pengguna jalan raya dan penduduk sekitar di Jalan Kampung Kelongkong di sini hari ini.

Komandan Institut Koreksional Malaysia, Penolong komisioner penjara (PKP),Mohd Zaidi Alias berkata program itu turut mendapat kerjasama daripada Japerun Pantai Kundor dan Balai Polis Tanjung Kling.

“Program ini kita laksanakan untuk menyemarakkan kerja amal di Bulan Ramadan selain mendekatkan Jabatan Penjara dengan masyarakat setempat.

“Saya melihat sambutan dan kerjasama amat erat antara petugas bersama komuniti setempat bergotong-royong dalam memastikan program berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Program Bubur Lambuk Jabatan Penjara di Institut Koreksional Malaysia, Tanjung Kling di sini hari ini.

Dalam Pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Tuminah Kadi @Hashim berkata kerjasama itu adalah yang pertama dilakukan sejak selepas pandemik lalu.

Menurutnya, program agihan bubur lambuk bersama Institut Koreksional Malaysia, Tanjung Kling itu mampu merapatkan ukhwah dan silaturahim.

“Kita harap program-program bersama dengan agensi kerajaan seperti Institut Koreksional Malaysia ini dapat diangkat dan menjadi acara tahunan.

“Yang mana hampir tujuh agensi kerajaan yang ada dalam DUN ini dan kita harap acara atau aktiviti seumpama ini akan diangkat menjadi acara tahunan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut