SESI KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YB. DATO’ SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)

Kunjungan hormat, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Jalil Husni bin Yahaya bersama pegawai-pegawai MKN Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada hari ini ke atas YB. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang di pejabatnya.

Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi dalam menangani isu berkaitan keselamatan dan menjaga ketenteraman awam di Negeri Pulau Pinang.

 

Pertemuan ini juga menjadi platform perkongsian pendapat serta pandangan antara Pejabat SUK Pulau Pinang dan MKN Negeri Pulau Pinang disamping memperkasakan amalan tadbir urus yang baik selaras dengan Nilai Teras Keselamatan Negara yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025.

Artikel/Berita Terkini

TULANG IKAN TERSANGKUT, JANGAN TELAN NASI SEKEPAL

Nasihat turun-temurun bila tulang ikan tersangkut di tekak: telan nasi sekepal besar, jangan kunyah.Kalau tak jalan, minum cuka. Kalau masih …

KAKI DAH LUKA TAPI TAK RASA SAKIT

Pakcik Rahim keluar sidai kain di belakang rumah. Kaki ayam, macam biasa. “Dalam kawasan rumah je, buat apa pakai selipar.” …

RUMAH PANAS WAKTU SIANG: BUKA TINGKAP LUAS-LUAS, ATAU TUTUP?

Jawapan ringkas: siang, tutup tingkap dan langsir yang kena matahari. Malam dan awal pagi, baru buka semua. Ramai buat terbalik …