KESELAMATAN PENUMPANG KANAK-KANAK DI JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Dalam Negeri) 

Anak-anak merupakan anugerah tidak ternilai dalam sesebuah keluarga justeru keselamatan anak-anak merupakan salah satu keutamaan dalam kehidupan ibu bapa. Salah satu kebimbangan utama dalam kalangan ibu bapa adalah keselamatan anak-anak semasa di jalan raya. Saban kali berita kemalangan meragut nyawa dan kecederaan serius dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan di akhbar malah tular dalam media sosial.    

 Salah satu langkah pencegahan yang boleh diambil adalah melalui pemakaian Kerusi keselamatan kanak-kanak ataupun disebut juga sebagai Child Restraint System (CRS). CRS merupakan kerusi yang direka khas untuk kanak-kanak duduk di dalam kenderaan. Fungsi kerusi tersebut adalah untuk mengurangkan risiko kecederaan parah kepada kanak-kanak semasa nahas jalan raya apabila dipasang dengan betul. Penggunaan aksesori tersebut juga mampu mengurangkan risiko kecederaan yang mungkin dialami kanak-kanak semasa berlakunya perlanggaran. Atas faktor kepentingan tersebut, Kerajaan telah mewajibkan penggunaan CRS bermula pada 1 Januari 2020.  

 Tidak semua CRS adalah sama. Terdapat pelbagai kategori dan jenis CRS berdasarkan umur, saiz dan keperluan perkembangan anak-anak. Beberapa kategori CRS mengikut peringkat umur kanak-kanak adalah seperti berikut: 

  • Tempat Duduk Keselamatan Bayi (Infant Carrier) : bayi 0 hingga 18 bulan 
  • Tempat Duduk Keselamatan Kanak-Kanak (Car Seat) : kanak-kanak 15 bulan hingga 4 tahun 
  • Booster 5 Poin Harness : Kanak-kanak 4 tahun hingga 7 tahun 
  • Tempat Duduk Sokongn (Booster) : kanak-kanak 6 tahun ke atas 

 Malaysia mempunyai kumpulan Child Passenger Safety Techinician (CPST) yang boleh dirujuki oleh ibu bapa yang memerlukan maklumat lanjut berhubung penggunaan CRS yang tepat. CPST merupakan Juruteknik Keselamatan Penumpang Kanak-Kanak yang telah disahkan melalui kursus latihan cara pemasangaan, teknik dan amalan penggunaan CSR yang betul. Penggunaan CSR yang betul dan tepat dalam kenderaan mampu mengurangkan impak kemalangan dan risiko maut akibat kemalangan jalan raya dalam kalangan kanak-kanak.  

 Garis panduan pemakaian CRS boleh dirujuki melalui Infografik di bawah:

Jika kita memakai tali pinggang keselamatan untuk diri mengapa tidak untuk anak-anak kita? Jadilah ibu bapa bertanggungjawab dan sayangi anak-anak kita. Anak-anak adalah amanah kita dan penerus bangsa serta pemimpin masa hadapan kita.  

 

Sumber: 

https://www.mot.gov.my/my/land/safety/child-car-seat-safety 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/742563/penggunaan-kerusi-keselamatan-kanak-kanak-dalam-kenderaan-meningkat 

https://www.healthychildren.org/English/safety-prevention/on-the-go/Pages/Car-Safety-Seats-Information-for-Families.aspx 

https://www.nst.com.my/news/nation/2021/05/689069/malaysian-child-passenger-safety-activist-wins-global-award 

https://cpsmalaysia.wordpress.com/ 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut