KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PENERANGAN NEGERI PULAU PINANG KE ATAS PENGARAH MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4:

TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)

YBrs Tuan Haji Jalil Husni bin Yahaya,  Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs Tuan Sabri bin Said, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Pulau Pinang (Japen). Kunjungan hormat ini telah diadakan pada 05 April 2023 (Rabu) bertempat di Pejabat Majlis Keselamatan Negara, Negeri Pulau Pinang.

Semasa sesi kunjungan hormat ini, beberapa agenda telah dibincangkan termasuk kerjasama berterusan selain mengeratkan hubungan yang terjalin di antara kedua-dua agensi sebagai rakan strategik diperingkat negeri.

Turut dibincangkan ialah meningkatkan kolaborasi strategik di antara MKN Negeri Pulau Pinang dan Japen di dalam melaksanakan program-program di lapangan yang  mampu menghasilkan pembangunan negara dan kesejahteraan  rakyat berdasarkan kepada Dasar Kesleamatan Negara (DKN) 2021-2025.

 

 

 

 

 

 

Turut hadir Encik Hasbi Ash-Shiddieqy bin Ahmad, Penolong Pengarah MKN Negeri Pulau Pinang dan En  Ridhwan Nazmi bin Roslan, Penolong Pengarah Japen.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …