AL-SULTAN ABDULLAH BERKENAN MASYHUR MASJID AR RAZZAAQ, BACHANG

PENGKALAN BATU – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memasyhurkan Masjid Ar-Razzaaq di Pasir Puteh, Bachang di sini, hari ini.

Turut mengiringi baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakanda  Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah,  Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Al-Sultan Abdullah.

Terdahulu Al-Sultan Abdullah, tiba di Masjid Ar-Razzaaq pada jam 6.43 petang dengan memandu sendiri kenderaan rasmi.

Ketibaan pasangan Diraja itu disambut Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Turut menyambut ketibaan baginda Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan isteri, Datin Seri Zuriyah Abd Aziz.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Pada majlis sama pasangan Diraja itu turut menyampaikan sumbangan kepada 100 penerima membabitkan golongan asnaf sebelum Majlis Santapan Berbuka Puasa bersama jemaah yang hadir.

Hampir 1,000 penduduk kampung berkumpul seawal jam 4.30 petang menunggu detik bersejarah permasyhuran masjid itu oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …