CAR FOOD SAHUR TONJOL KEUNIKAN TERSENDIRI

Acara jualan berkonsepkan sahur secara santai atau dikenali sebagai Car Food Sahur di Batu Buruk, Kuala Terengganu kembali meriah setelah ia dihentikan sementara selama tiga tahun akibat pandemik COVID-19. Jualan dilokasi pelancongan ini membolehkan pelanggan menikmati hidangan lewat malam atau sahur di atas hamparan tikar sambil disapa lembut bayu pantai. Pihak penganjur juga memperkenalkan konsep baharu iaitu konsep khemah sebagai tarikan untuk pelanggan bersantai dan makan di kawasan parkir kenderaan Primula Beach Hotel.

*credit the star

 

Car Food Sahur 6.0 telah bermula pada 28 Mac 2023 dan beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 pagi. Sebanyak 30 vendor mengambil bahagian dengan menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman. Pihak penganjur menjangkakan kunjungan sehingga 4,000 pelanggan setiap hari dengan lokasi berkapasiti 5,000 orang.

 

*credit page FB Amazing Terengganu

 

Acara jualan ini dianjurkan Kelab Belia Kreatif dan Inovasi (Mandalika) dan Pedalhaus sebagai penaja utama dengan sokongan kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Primula Beach Hotel serta sukarelawan Springs.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …