PAWANA RAMADAN: KENALI FIDYAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 2: KESTABILAN SOSIO POLITIK (Perlembagaan Persekutuan Malaysia)

PAWANA RAMADAN: KENALI FIDYAH

Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan mendefinasikan fidyah sebagai denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadat puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan.

Hukum membayar fidyah ialah wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah s.w.t. sekiranya tidak dilaksanakan. Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah s.w.t. dalam al-Quran Surah al-Baqarah ayat 184, yang bermaksud:

“Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyenaraikan enam sebab dikenakan fidyah iaitu:

  1. Uzur menunaikan puasa wajib: Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
  2. Perempuan hamil: Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
  3. Ibu yang menyusukan anak: Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
  4. Orang yang telah meninggal dunia: Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
  5. Musafir dan pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan: Musafir dan pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
  6. Melambatkan ganti puasa (Qada’): Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

Kadar fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad). Formula taksiran bayaran fidyah ialah: (Bilangan Hari Tidak Berpuasa) x (Kadar Fidyah) x (Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan).

Artikel/Berita Terkini

KES AMANG SEKSUAL GISBH: MAHKAMAH TETAP 18 NOVEMBER SERAHAN LAPORAN PERUBATAN MANGSA

Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menetapkan 18 November depan untuk serahan laporan perubatan bagi kes amang seksual melibatkan empat …
Maklumat Lanjut

𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) BANTU KAMI …
Maklumat Lanjut

JKNNS SIASAT DAKWAAN AIR PERIGI MAMPU UBAT PELBAGAI PENYAKIT

Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) sedang menjalankan siasatan terhadap pengusaha rawatan yang mendakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dengan menggunakan …
Maklumat Lanjut