DENDA RM1,000 KOTORI SUNGAI KELANTAN

KOTA BHARU: Pemandangan jelik sisa sampah orang ramai yang berbuka puasa di tepi Sungai Kelantan di Lembah Sireh menyebabkan rasa dukacita kepada semua pihak.
Lokasi tersebut pada asalnya tempat orang ramai beriadah namun masih ada segelintir pihak  yang berbuka puasa ini membiarkan sisa bekas makanan mereka bersepah dan tidak diikat dengan kemas sebelum diletakkan di tempat tong sampah.
Pihak MPKB-BRI menambah tiga tong sampah berkapasiti 240 liter di kawasan itu dan mengharapkan kerjasama orang ramai untuk menjaga kebersihan.
Pihak MPKB-BRI tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada individu yang membuat kekotoran di tempat awam mengikut Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MPKB-BRI 2020.
“Mereka yang melakukan kesalahan boleh didenda RM1,000,.
Sumber- Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …