KENYATAAN NESTLE MALAYSIA MENGENAI PENIPUAN

Kami telah dimaklumkan tentang Peraduan MILO Ramadan yang menawarkan hadiah wang tunai kepada orang ramai setelah melengkapkan borang soal selidik. Sila ambil perhatian bahawa pesanan ini merupakan penipuan yang bertujuan untuk memperdayakan orang ramai.

Nestlé memandang serius perkara tersebut dan telah melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Jika anda menerima siaran atau pesanan seperti ini, atau mengenali orang lain yang telah menerima pesanan :

JANGAN kongsi siaran tersebut
JANGAN berikan apa-apa maklumat peribadi (contoh: nombor akaun bank)
JANGAN membuat apa-apa bayaran

Sila hanya rujuk laman web rasmi MILO kami untuk peraduan di www.milo.com.my. Jika ragu-ragu atau memerlukan maklumat atau penerangan lanjut, segera hubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna Nestlé di www.nestle.com.my/contactus atau 1-800-883-433.

Sumber: Nestle Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …