AGENSI KESELAMATAN KOMITED PASTIKAN KEDAH AMAN

YDH. Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Wan Hassan Wan Ahmad dan Panglima 6 Briged Infantri Malaysia, Brig. Jen. Dato’ Mohd Akib Haji Yusof hari ini mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri (JPGN) Kedah bertempat di Ibu Pejabat Kontinjen Kedah, Alor Setar.

Mesyuarat yang diadakan telah membincangkan isu-isu keselamatan serta ancaman yang terdapat di negeri Kedah ke arah memastikan rakyat Kedah sentiasa berada dalam keadaan yang aman, tenteram dan selamat.
Mesyuarat turut dihadiri oleh agensi-agensi penguatkuasa keselamatan yang utama di negeri Kedah seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH), dan Angkatan Tentera Laut yang diwakili oleh Markas Wilayah Laut 3.
Turut hadir ialah Pengarah Keselamatan Negeri, Tuan Mohd Zawawi Zakaria selaku Setiausaha mesyuarat tersebut.

JPGN
Pengarah Keselamatan Negeri Kedah selaku Setiausaha mesyuarat 

 

JPGN
Ketua Polis Kedah menjelaskan isu-isu keselamatan kepada ahli mesyuarat

 

JPGN
Dari kiri: Panglima 6 Briged Infantri Malaysia, Ketua Polis Kedah, Komander Briged Utara

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …