PROGRAM LAWATAN ‘GO TO SAFETY POINT’ (GTSP) STESEN-STESEN MINYAK DIBAWAH PENTADBIRAN BALAI POLIS PANTAI, KUALA LUMPUR

IPD Brickfields, 23 Mac 2023 jam 10.00 Pagi – Program lawatan GTSP telah diadakan di Stesen-Stesen Minyak di bawah pentadbiran Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur. Lawatan ini terdiri daripada 8 orang PRP Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Sektor 11, Sektor 12 , Sektor 13 dan Unit MPV (KL 264) telah berjumpa dengan kakitangan stesen minyak yang terlibat.

Objektif utama lawatan GTSP dibuat adalah untuk memastikan stesen minyak di bawah kawasan pentadbiran Balai Polis Pantai selamat dan bebas dari berlakunya kes jenayah. Selain itu lawatan ini juga bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan keselamatan yang dihadapi oleh pengurusan pam minyak selain penyaluran maklumat jenayah kepada pihak Polis Pantai untuk diambil tindakan.

Lawatan ini telah berjalan dengan baik dan pihak Polis Pantai sentiasa akan membuat pemantauan di setiap stesen minyak bagi menjamin keselamatan orang awam disamping memastikan program GTSP melibatkan pam minyak tidak berlaku sebarang kejadian jenayah dan berakhir pada jam 1.00 Tengahari.

#ThinkBeforeActing

#JustDoaUsahaIkhlasTawakal

#balaipolispantai

#ipdbfmac2023

SUMBER: FB POLIS PANTAI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …