PELANCARAN PENGGUNAAN BIODIESEL DARI MINYAK MASAK TERPAKAI

Kesungguhan DBKL untuk melestarikan Kuala Lumpur seterusnya mencapai matlamat bandar rendah karbon menjelang tahun 2030 terus diterjemahkan. Kali ini melalui pelancaran penggunaan minyak biodiesel pada kenderaan dan peralatan DBKL yang disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur. Ia dihasilkan dari minyak masak terpakai tau .

Minyak masak terpakai yang digunakan bagi penghasilan biodiesel ini diperolehi melalui pelaksanaan program 1 Komuniti 1 Kitar Semula (1 Community 1 Recycle – 1C1R) yang sedang giat dilaksanakan di seluruh PPR / PA di bawah seliaan DBKL. Kalau tiada inisiatif seumpama ini nanti minyak masak ni dibuang secara tidak teratur. Kesannya alam sekitar akan tercemar dan juga berisiko menyebabkan longkang tersumbat.

Justeru itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengambil langkah mengitar semula minyak masak terpakai menjadi biodiesel melalui kerjasama bersama pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari segi kajian keberkesanan penggunaan biodiesel yang terhasil sebagai bahan api. Jadi biodiesel yang terhasil ini merupakan sumber bahan api yang boleh diperbaharui .

Ayuh wargakota..

mari kita hidupkan amalan kitar semula demi kesejahteraan kita bersama!

 

#KLBandarUntukSemua

#klbersihindahsejahtera

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …