NEGERI SEMBILAN CADANG TIGA LOKASI BINA PPR

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan mencadangkan tiga lokasi bagi pembinaan projek perumahan rakyat (PPR) untuk diperhalusi serta pertimbangan pihak kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata, ia merangkumi kawasan sekitar daerah Seremban, Jempol dan Tampin dengan keluasan tanah 8.09 hingga 12.1 hektar (20 hingga 30 ekar).

“Kerajaan negeri sentiasa memberikan kerjasama kepada kerajaan pusat, kita telah senaraikan tiga tapak pada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan untuk dinilai. Lokasi yang dicadangan itu strategik, dilengkapi dengan innfrastruktur yang baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Logo Baharu Majlis Daerah Rembau di Wisma Negeri di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Nahar Mohd Sidek dan Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau, Mohamad Najib Mustafa.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebelum ini dilaporkan berkata negeri yang menawarkan tanah di lokasi strategik secara percuma akan diberi keutamaan untuk pembinaan PPR.

Sementara itu menjelang Ramadan esok, Aminuddin berharap para peniaga di bazar Ramadan dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Katanya, prosedur serta garis panduan berkaitan bazar kepada peniaga juga telah dimaklumkan lebih awal lagi bagi persediaan menyambut bulan yang mulia itu namun masih timbul isu berniaga di tempat larangan seperti di tempat meletak kereta.

“Tetapi malang bagi kita apabila ada sekelompok tidak menghormati keputusan yang dibuat pihak PBT, ini menimbulkan suasana tidak harmoni.

“Saya harap mereka ini memahami tanggungjawab masing-masing, perlu hormat menghormati antara satu sama lain. Ada sebab kenapa tidak dibenarkan berniaga dan dipasang khemah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …